PETALING JAYA: Perayaan Deepavali yang disambut hari ini perlu digunakan kesempatannya oleh masyarakat untuk terus menyemai perpaduan, menyantuni individu yang memerlukan sekali gus memperteguh semangat kekitaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elemen berkenaan penting kerana ia menjadi teras dan asas kekuatan negara yang berbilang bangsa. “Sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus memupuk semangat saling menghormati dan memperkukuh persefahaman antara satu sama…