PETALING JAYA: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Profesor Ikhtisas di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Perkara itu dimaklumkan Fakulti Undang-Undang UKM dalam platform Facebook hari ini. “Sekalung tahniah diucapkan kepada mantan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas pelantikan sebagai Profesor Ikhtisas di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia berkuat kuasa 1 Oktober 2025,” katanya. Tengku Maimun…