KOTA BHARU: Sindiket dadah di negeri ini menggunakan gaya hidup mewah sebagai ‘umpan’ bagi memerangkap remaja agar menjadi pengedar kecil-kecilan. Gaya hidup mewah lengkap dengan kenderaan import, pakaian berjenama dan telefon pintar membuatkan ada dalam kalangan pelajar sekolah sanggup menjadikan tauke-tauke dadah sebagai idola. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pendedahan itu berpandukan maklumat yang diterima dan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Tauke dadah ini pamerkan kemewahan seperti rumah…










