PETALING JAYA: Tapak penjaja pasar malam dan bazar malamyang dipercayai menjadi tumpuan warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam. Serbuan di Klang dan Kajang Selangor itu dilakukan sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya. Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pasukan operasi dengan kekuatan 90 pegawai…