IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kuang, Chemor Isnin lalu. Bagaimanapun, pendakwaan ke atas Myo Naing Soe, 37, ditangguhkan berikutan tertuduh tidak memahami pertuduhan dalam bahasa Melayu dan Majistret S. Punitha kemudian menetapkan 25 November depan untuk tarikh sebutan semula. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala tertuduh tidak diwakili…