Sultan Nazrin sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Pendidikan Islam Negeri Perak 2025 kepada Ahmad Tazally Mohamad Zain pada majlis di Ipoh hari ini. - UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak 2025 pada majlis yang diadakan sebuah hotel di Meru Raya di sini hari ini.

Keberangkatan baginda ke majlis tersebut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 27 anugerah membabitkan 93 penerima.

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Dr. Nazrin Shah Kampung Gajah, Ahmad Tazally Mohamad Zain dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru 2025.

Ini berikutan kejayaan beliau meletakkan sekolah tersebut dalam kelompok 10 sekolah terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat negeri Perak.

Ahmad Tazally juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengetua Malaysia.

Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan Anugerah Hafiz Muda 2025 kepada 24 penerima dan dua penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Turut disampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kepada Pelajar Terbaik SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN