Stesen LRT Ampark Park, KLCC ditutup sementara 

Stesen LRT Ampark Park, KLCC ditutup sementara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) ditutup sementara hari ini. 

Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail), stesen terlibat ditutup secara sementara bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari di atas faktor keselamatan. 

“Perkhidmatan LRT membabitkan laluan Kelana Jaya Line iaitu Stesen Ampang Park dan KLCC. 

“Bagi MRT pula melibatkan laluan Putrajaya Line iaitu Stesen Conlay, Persiaran KLCC dan Ampang Park. Selain itu, laluan Kajang iaitu Bukit Bintang,” katanya. 

Rapid Rail berkata, stesen lain beroperasi seperti biasa.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung bermul hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bakal menyaksikan kehadiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump termasuk ketua negara anggota ASEAN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN