JOHOR BAHRU: Tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) yang keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan taktik politik lapuk menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah tidak lama lagi. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu dilihat sebagai strategi kedua-dua parti untuk bertanding atas lambang parti masing-masing bagi meraih sokongan pengundi. Beliau menjangkakan kedua-dua parti itu kembali bekerjasama selepas pilihan raya…