KOTA TINGGI: Satu garis panduan prosedur standard operasi (SOP) khas bagi mengendalikan kes-kes kesalahan melibatkan kanak-kanak akan dilancarkan minggu depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, garis panduan tersebut merupakan hasrat kerajaan yang mahu semua kes melibatkan kanak-kanak sama ada sebagai pelaku dan mangsa diselesaikan dalam tempoh satu tahun. “Minggu depan, SOP khas bagi kes kanak-kanak akan dilancarkan di Istana Kehakiman…










