MARANG: Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) mengeluarkan arahan supaya solat hajat diadakan serentak di lebih 500 masjid di seluruh Terengganu selepas solat Jumaat esok sebagai tanda solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Pengerusi JawatanKuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerajaan negeri akan melakukan apa sahaja tindakan dalam bidang kuasanya bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin sekali gus sebagai satu bentuk tekanan ke atas…