Sistem ramalan cuaca numerikal kukuh amaran awal bencana

Sistem ramalan cuaca numerikal kukuh amaran awal bencana negara

NOR Yahati Awang dan Mohd. Hisyam Mohd. Anip (kanan) diberi penerangan mengenai pelampung menyelamat selepas Forum Iklim Kebangsaan dan Kesiapsiagaan Bencana di Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sistem ramalan cuaca numerikal baharu yang akan beroperasi sepenuhnya pada 2027 bukan sahaja me­ngukuhkan sistem amaran awal bencana negara malah membantu mendapatkan maklumat lebih pantas serta tepat.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam) Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Nor Yahati Awang berkata, sistem yang menggunakan super komputer berkelajuan enam Petaflops membolehkan ramalan cuaca dikeluarkan sehingga 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari sebelum ini.

Menurutnya, superkomputer itu akan ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam, Kulim, Kedah.

“Sistem baharu ini kita kecilkan lagi jarak kepada 300 meter berbanding sebelumnya 1 kilometer (km) bagi bandar-bandar utama di negara ini. Jadi maklumat yang diperoleh lebih mendalam dan tetap.

“Untuk sistem baharu selepas ini untuk 1 km boleh pecahkan kepada sembilan titik. Jadi satu bacaan untuk 1 km sebelum ini boleh jadi sembilan bacaan yang berbeza dan lebih tepat,” kata­nya kepada pemberita selepas me­rasmikan Forum Iklim Kebangsaan 2025 dan Kesiapsiagaan Bencana di sini semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip.

Nor Yahati memberitahu, sistem ini turut berasaskan teknologi Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPC) dan disokong oleh Kecerdasan Buatan (AI) serta Analitik Data Raya (BDA).

Kataya, lonjakan keupayaan ini merupakan satu pencapaian besar dalam sejarah pembangunan teknologi ramalan negara yang mampu mempertingkat kesiapsiagaan menghadapi ri­siko bencana demi melindungi nyawa dan harta benda rakyat.

Dalam perkembangan lain, Nor Yahati berkata, perubahan iklim bukan lagi isu masa depan, tetapi realiti yang sedang hadapi hari ini.

“Cuaca semakin sukar diramal, kejadian cuaca ekstrem semakin kerap dan memberi kesan langsung kepada keselamatan rakyat kesejahteraan sosial serta kelangsungan ekonomi negara.

“Jadi FIK hari ini sangat signifikan kerana ia berlangsung seiring dengan usaha negara memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara,” ujarnya.

Nor Yahati, RUU ini bakal menjadi kerangka perundangan utama dalam memperkukuh dasar, strategi, dan tadbir urus iklim negara secara lebih bersepadu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN