GOMBAK: Kegiatan licik satu sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik kediaman dua tingkat terbongkar selepas pasangan lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan. Menerusi serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di tiga lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa lalu turut menemukan 325 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM14 juta. Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Batu…