PETALING JAYA: Sidang Kemuncak ASEAN dijangka memberi impak besar terhadap hala tuju ekonomi serantau, khususnya dalam memperkukuh kerjasama perdagangan intra-ASEAN. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, Malaysia memikul tanggungjawab besar sebagai Pengerusi ASEAN. “Ini bukan sahaja dalam memastikan aspek keselamatan terjamin, tetapi juga dalam melicinkan perjalanan rundingan agar semua delegasi dapat bermesyuarat secara diplomatik dan mencapai keputusan yang bersifat menang-menang. “Sidang kali ini…










