Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan di ibu negara tidak ditutup 24 jam

Sidang Kemuncak ASEAN: Jalan di ibu negara tidak ditutup 24 jam

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada penutupan penuh jalan atau ‘total lockdown’ ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan, sebaliknya kebanyakan jalan di ibu negara akan dibuka semula sejurus acara selesai.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, kawasan tertentu seperti sekitar Kompleks Bunga Raya, Sepang dan Pangkalan Udara Subang akan ditutup sewaktu ketibaan ketua negara atau ketua kerajaan, manakala bagi kawasan Kuala Lumpur ia adalah seperti yang telah diumumkan oleh pihak Urusetia ASEAN.

“Saya mohon supaya kita semua maklum mengenai penutupan laluan-laluan tertentu dan ia bukan sepanjang hari, ada waktu-waktu tertentu dan boleh rujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan.

“Sekiranya ketua negara daripada lapangan terbang ke Kuala Lumpur, maka laluan itu akan ditutup secara berperingkat. Setelah laluan itu selesai digunakan, maka (ia) akan dibuka semula, bukan 24 jam tutup,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata polis akan berada dalam keadaan berjaga-jaga tinggi dari 23 hingga 28 Oktober. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×