Siasatan sahkan Akaun Yayasan Ar Riyaadah tiada salah laku - Utusan Malaysia

Siasatan sahkan Akaun Yayasan Ar Riyaadah tiada salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir setahun akaun Yayasan Ar Riyaadah dibekukan, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Husam Baderudin menarik nafas lega apabila sekatan itu telah ditarik balik.

Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Husam berkata, keputusan itu memberi kelegaan besar kepada pihak yayasan kerana dapat meneruskan semula urusan pentadbiran dan program pusat pengajian tahfiz di bawah kendaliannya.

Katanya, keputusan pembatalan pembekuan itu membuktikan Yayasan Ar Riyaadah tidak terbabit dalam sebarang salah laku seperti didakwa sebelum ini.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, selepas hampir setahun siasatan dijalankan, kami menerima notis rasmi bahawa akaun yayasan kini dibuka semula.

“Ini membolehkan kami kembali melaksanakan aktiviti pendidikan dan kebajikan seperti biasa, selepas terpaksa menanggung kesukaran akibat sekatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Husam berkata, tempoh hampir setahun pembekuan akaun itu merupakan tempoh sangat mencabar.

“Banyak program bantuan dan kebajikan terpaksa dikurangkan kerana kekangan kewangan. Namun dengan izin Allah, kami tetap bertahan hasil doa, sokongan dan bantuan semua pihak yang ikhlas menyokong perjuangan ini.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus memberi semangat, doa dan kepercayaan sepanjang tempoh tersebut. Semoga Allah SWT merahmati dan membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan ganjaran yang besar,” katanya lagi-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN