KENYATAAN berseloroh Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah bahawa beliau mungkin masuk Pas mencetuskan pelbagai tafsiran politik, meskipun ia sudah dinafikan oleh Ahli Parlimen Rompin tersebut. Abdul Khalib dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun ke-40 Pas Rompin pada 24 September lalu dilaporkan berkata: “Biasalah mesyuarat Bersatu kadang-kadang begini, mesyuarat Pas (pula) macam ini. Tetapi tiada masalah Datuk (berpaling ke arah Naib…