SEKTOR perkhidmatan terus menunjukkan momentum positif apabila berkembang sebanyak lima peratus pada separuh pertama 2025 dan diunjur meningkat 5.1 peratus pada separuh kedua tahun ini. Menurut Tinjauan Ekonomi 2026, pertumbuhan itu disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan serta ketibaan pelawat asing yang lebih tinggi, sekali gus merancakkan aktiviti pelancongan domestik. Jelasnya, secara keseluruhan, sektor berkenaan dijangka mencatat pertumbuhan 5.1 peratus dengan semua subsektor menunjukkan perkembangan positif. “Subsektor perdagangan…