SEKTOR pembuatan diunjur kekal stabil sebanyak 3.0 peratus pada 2026 disokong oleh industri berorientasikan eksport dan domestik. Menurut Tinjauan Ekonomi 2026, manfaat daripada kitaran menaik teknologi global dijangka terus menyokong industri berorientasikan eksport. “Kluster elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai pemacu utama dengan pertumbuhan mampan merentasi produk semikonduktor, terutamanya dalam segmen cip berikutan peningkatan permintaan dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi. “Perkembangan tersebut akan terus meningkatkan prospek pertumbuhan dan…