BALING: Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak keseluruhan bangunan sebuah stesen minyak dalam kebakaran di Kampung Bandar, Mukim Siong, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.52 malam sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah pam minyak petrol di bahagian hadapan sebuah stesen minyak terbakar. Kejadian disedari oleh…