KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak ke-18 mengakui merupakan antara salah seorang penghuni dorm A3-5 yang membuat spot-check atau pemeriksaan ke atas loker pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir pada malam 15 Julai lalu selepas terdapat aduan kehilangan barang. Selain dirinya, ada tiga lagi penghuni dorm sama yang turut terlibat dalam pemeriksaan berkenaan selepas mendapat kebenaran daripada senior. Saksi itu berkata, Zara Qairina disyaki berhubung kes kehilangan barang kerana pada petang hari…