KOTA KINABALU: Rakan satu dorm dengan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir memberitahu dia pernah melihat kesan darah kering dalam diari remaja terbabit. Saksi kanak-kanak ke-17 itu berkata, dia melihat kesan darah itu ketika diberi kebenaran oleh Zara Qairina untuk membaca diari berwarna hijau. Kata saksi inkues ke-26 itu, dalam diari berkenaan, Zara Qairina ada membuat luahan terhadap salah seorang rakannya. Menceritakan mengenai kejadian berlaku pada malam 15 Julai iaitu…