KUALA LUMPUR: Rundingan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) khususnya membabitkan tarif dimuktamadkan Ahad ini ketika lawatan Presiden Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, rundingan itu kini berada di peringkat akhir. “Kita berada di peringkat akhir rundingan. Saya boleh sahkan pada hari Ahad ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC)…










