PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi memperkasa keupayaan lima agensi penguat kuasa utama negara. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Katanya, peruntukan itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi melalui latihan dan perolehan aset baharu bagi memperkukuh penguatkuasaan undang-undang…