SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima peruntukan sebanyak RM238 juta bagi tempoh 2021 hingga 2025 daripada kerajaan untuk menyelenggara dan membaik pulih kolej-kolej kediaman serta menaiktaraf kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di semua 34 kampusnya di seluruh negara. Sebanyak RM170 juta diperuntukkan khusus bagi baik pulih kolej kediaman yang melibatkan bangunan-bangunan yang usang menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Naib Canselornya, Prof.…