PETALING JAYA: Hampir RM2.2 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, guru, bomba, penjara. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rumah Keluarga Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang akan dibina untuk manfaat hampir 800 anggota tentera dengan kos RM500 juta. “Kerajaan juga akan memperoleh rumah untuk dijadikan kuarters kepada anggota Komando Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu, Sabah, anggota imigresen di…