RM1 bilion perhebat Ikhtiar Madani 

RM1 bilion perhebat Ikhtiar Madani 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar Madani untuk rakyat bermula tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sejati Madani diperluas untuk turut melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti seperti program mesin layan diri atau di bidang pertanian, khususnya sistem pengairan baja.

“Tahun hadapan, sasaran Kampung Angkat Madani ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat Madani ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.

“Kejayaan Solar Madani yang telah siap memasang 4,000 lampu solar di Sabah semalam juga diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.

“Sejahtera Madani ialah sumbangan sektor swasta dalam menoktahkan kemiskinan tegar dengan kejayaan dana terkumpul RM120 juta setakat ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN