PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$123.6 bilion pada 30 September 2025 berbanding AS$122.8 billion pada 12 September 2025. Bank Pusat itu dalam kenyataan berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. “Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab…