KAPIT: Penduduk Rumah (Rh) Liun di Nanga Pangai, Sungai Ibau di sini sekadar mampu melihat rumah mereka ranap dijilat api, dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi hari ini. Ia disebabkan lokasi rumah panjang itu yang terletak sangat jauh, dengan perlu melalui jalan balak serta merentas sungai dan tiada liputan telekomunikasi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada Tuai Rumah terbabit kira-kira pukul 10…