PETALING JAYA: Tempoh reman seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, tamat esok. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, tahanan reman itu akan disambung buat kali kedua di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi esok. Katanya, setakat ini, sebanyak 148 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.…