Remaja perempuan cedera dilibas ketika menunggang motosikal

Remaja perempuan cedera dilibas ketika menunggang motosikal

ANGGOTA pasukan perubatan memberi bantuan awal kepada mangsa yang cedera selepas dipercayai dilibas oleh seorang lelaki tidak dikenali menggunakan abjek tajam ketika menaiki motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, Melaka, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun cedera di bahagian pinggang selepas dipercayai dilibas objek tajam oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika menaiki motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang dikatakan sedang membonceng motosikal ditunggang adik iparnya sebelum tiba-tiba terasa sakit dan meminta berhenti di tepi jalan.

Menurut sumber, suspek menaiki motosikal Yamaha LC V8 biru gelap, memakai jaket gelap serta topi keledar jenis MS warna biru, bertindak melibas mangsa dari arah belakang sebelum memecut melarikan diri.

“Suspek tidak meragut barangan mangsa dan setakat ini tiada elemen samun. Mangsa juga mengaku tidak mempunyai musuh dan tidak mengenali suspek.

“Mangsa yang mengalami luka 7 sentimeter panjang dan 3 sentimeter lebar di bahagian pinggang belakang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka dan dalam keadaan stabil,”katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

Polis meminta saksi yang melihat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 011-2638 3960. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN