Razarudin letak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif NexG Bina Berhad

Razarudin letak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif NexG Bina Berhad

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif (Non-Executive Chairman) NexG Bina Berhad berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan faktor peribadi yang memerlukannya memberi tumpuan kepada komitmen lain di luar urusan korporat.

“Saya ingin memaklumkan hasrat saya untuk meletakkan jawatan sebagai Non-Executive Director/Chairman di dalam NexG Bina Berhad, berkuat kuasa pada 15 Oktober (semalam),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah serta pihak pengurusan NexG Bina Berhad atas kepercayaan, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama syarikat tersebut.

“Saya mendoakan agar NexG Bina Berhad terus maju jaya dan mencapai kejayaan berterusan dalam segala perancangan serta usaha pada masa akan datang,” katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Classita Holdings Bhd melantik Razarudin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Classita, perlantikan itu menandakan komitmen syarikat untuk memperkukuh tadbir urus korporat dan pembangunan sejajar kepentingan awam. 

Katanya, pelantikan itu seiring kemunculan NexG Bhd. sebagai pemegang saham utama syarikat berkenaan selepas mengambil alih 32.61 peratus pegangan ekuiti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN