KUANTAN: Seluruh rakyat negeri ini diseru bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rakyat juga dimintamendoakan dan meletakkan harapan agar 17 sukarelawan negara yang kini terputus hubungan dipercayai ditahan rejim Zionis mendapat perlindungan Allah SWT. “Kita sentiasa menyeru supaya segala bantuan yang dihantar kepada saudara seagama kita ini mendapat perlindungan Allah…