Raih pendapatan hasilkan kraf guna bahan kitar semula

Raih pendapatan hasilkan kraf guna bahan kitar semula

NOR Padilah Afandi (kiri) dan Rafidah Nani menunjukkan salah satu hiasan dinding yang dihasilkan menggunakan duit syiling ketika ditemui di Kampung Temeris, Kuala Pilah. – UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bermula sekadar hobi, dua beradik di sini kini menjadikan produk kraf hiasan rumah yang dihasilkan mereka menggunakan bahan kitar semula sebagai sumber pendapatan.

Rafidah Nani Afandi, 47, berkata, segalanya bermula apabila dia berdepan tekanan emosi dan mencari cara untuk mengalih perhatian daripada keadaan itu.

“Waktu itu saya fikir perlu buat sesuatu supaya tidak terus rasa terbeban. Jadi adik saya Nor Padilah Afandi, 43, cadangkan kami buat projek do it yourself (DIY).

“Kebetulan ketika itu, kami baru siap mengubah suai rumah dan sedang mencari idea menghias ruang dalaman. Kemudian secara tidak langsung timbul minat menghasilkan sendiri hiasan terpakai,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Temeris, Kuala Pilah.

Menurutnya, minat mereka mula berkembang sehingga mampu menyiapkan pelbagai projek termasuk produk pertukangan kayu.

Kata Rafidah Nani, minat terhadap kerja-kerja tangan itu turut diwarisi daripada arwah ibu mereka yang gemar menghasilkan sendiri perabot dan perhiasan rumah.

“Dulu arwah emak memang jenis suka buat sendiri, kalau nak kerusi, dia akan usahakan sampai jadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN