Rahsia Tuhan tidak lolos pencalonan, Noh Salleh tetap persembah lagu demi Babah - Utusan Malaysia

Rahsia Tuhan tidak lolos pencalonan, Noh Salleh tetap persembah lagu demi Babah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Noh Salleh mengakui lagu Rahsia Tuhan yang dihasilkannya sempena runut bunyi filem Babah menyimpan makna sangat besar buat dirinya.

Menurut Noh atau Mohammad Noh bin Salleh, 40, lagu tersebut seolah-olah menjadi pertemuan antara muzik dan filem yang diterbitkan dengan rasa ikhlas.

“Muzik dan filem adalah dua cabang seni yang berbeza. Bila keduanya bersatu dengan keikhlasan lahirlah sesuatu yang magis.

“Kita melihat filem dengan mata, dalam muzik kita merasainya dengan hati. Rahsia Tuhan lahir dari ruang itu,” katanya semasa membuat persembahan di majlis perasmian dan pengumuman Top 5  Festival Filem Malaysia (FFM34) di sini, malam tadi.

Cerita vokalis kumpulan Hujan itu lagi,dia turut berbangga filem Babah arahan Mohd Shah Faizul meraih sembilan pencalonan antaranya Pelakon Lelaki Terbaik, Perlakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Pengarah Harapan, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Poster Terbaik.

“Lagu ini saya persembahkan sebagai sebuah penghormatan kepada perjalanan seni dan filem babah yang malam ini mendapat sembilan percalonan di pentas festival filem ini.

“Semoga malam ini bukan sahaja meraikan kejayaan juga keindahan apabila seni dan keikhlasan bersatu,” tambahnya.

Rahsia Tuhan yang memperoleh 24 juta pendengar di platform penstriman dan 12 juta tontonan di YouTube gagal membolosi Top 5 Lagu Tema Terbaik FFM34. Lima lagu yang bersaing dalam kategori tersebut ialah Kudeta, Bara Jiwa, Kita Pasti Boleh, Untuk Semua Jiwa dan Sesal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN