KUALA LUMPUR: Proses naturalisasi tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang menjadi pertikaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemberian status warganegara kepada semua pemain itu memenuhi tiga syarat yang termaktub dalam Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 20(1)(e) Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964. Selain itu katanya, proses itu dibuat mengikut Seksyen 10(a) Akta Pendaftaran Kelahiran dan…