ALOR SETAR: Sebuah premis di Gurun didenda RM135,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini kerana melakukan tiga kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 13 Oktober 2023 dan 16 Februari lalu. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, syarikat yang mengusahakan perniagaan kitar semula itu pernah disabitkan hukuman denda berjumlah RM40,000 pada 26 September 2024 kerana kesalahan sama. Katanya, dalam…