Polis siasat pikap tampal tulisan Yahudi bermaksud 'Malaysia di tangan kami'

Polis siasat pikap tampal tulisan Yahudi bermaksud ‘Malaysia di tangan kami’

TANGKAP layar sebuah video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah trak pikap dengan pelekat tulisan Hebrew.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan trak pikap jenis Isuzu yang mempunyai pelekat bertulisan Yahudi iaitu Hebrew membawa maksud “Malaysia adalah rumah kita/Malaysia di tangan kami.”

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan polis berhubung video berdurasi 14 saat itu dibuat seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka pada pukul 3.32 petang semalam.

“Video tersebut dimuat naik melalui aplikasi Threads dan memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan pelekat tulisan Hebrew di bahagian belakang.

“Hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung video berkenaan.

“Siasatan secara telus akan dijalankan demi memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terjamin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN