PN sasar tanding 36 kerusi, sedia tadbir Sabah

PN sasar tanding 36 kerusi, sedia tadbir Sabah

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) sewaktu merasmikan Sambutan Malam Kebudayaan Perayaan Pesta Tanglung di Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) menyasarkan untuk bertanding di 36 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, sekali gus memberi bayangan kesediaan gabungan itu untuk mentadbir negeri berkenaan sekiranya diberi mandat oleh rakyat.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, run­dingan bagi memuktamadkan bentuk kerjasama dengan parti-parti tempatan di Sabah kini berada di peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Memandangkan tarikh PRN Sabah belum diumumkan, ia memberi ruang kepada kami untuk meneliti bentuk gabungan yang sesuai serta strategi terbaik menghadapi pilihan raya itu nanti,” katanya selepas menghadiri Sambutan Malam Kebudayaan Pesta Tanglung di sini.

Takiyuddin berkata, semua parti yang bertanding pada PRN Sabah mempunyai peluang sama rata untuk menang, bergantung kepada kekuatan calon dan sokongan rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, PN kini sedang meneliti senarai calon yang layak dan berwibawa untuk diberikan mandat, termasuk menilai keseimbangan antara calon tempatan, profesional muda dan muka baharu yang berpotensi membawa perubahan.

“PN mahu memastikan setiap calon bukan sahaja diterima rakyat tetapi juga mampu mentadbir dan membawa pembangunan mampan kepada rakyat Sabah. Fokus kami ialah kepimpinan bersih dan beramanah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas memaklumkan bahawa parti itu belum memuktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi di Sabah kerana rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta partiparti tempatan lain masih berjalan.

Katanya, Pas akan terus memainkan peranan penting memperkukuh PN sebagai alternatif terbaik kepada rakyat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ke16 pada minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN