PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu membuat penambahbaikan secara keseluruhan termasuk membabitkan kepimpinan parti demi kelangsungan gabungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penambahbaikan dalam struktur dan intipati parti dilihat mampu memperkukuhkan gabungan itu. “Saya setuju sekiranya ada penambahbaikan PN perlu dibuat sama ada di peringkat negeri, bahagian dan pusat untuk kita…