PN kekal utuh hadapi PRU16

PN kekal utuh hadapi PRU16 – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Perikatan Nasional (PN) diyakini kekal utuh dan bersatu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) meskipun timbul pelbagai kenyataan daripada pimpinan parti-parti komponennya sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebarang pandangan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak dalam gabungan itu hanya  sebahagian daripada proses memperkukuh kekuatan PN secara dalaman.

Kata beliau, perbincangan yang berlaku antara pemimpin parti dalam PN bukanlah tanda perpecahan sebaliknya menunjukkan keterbukaan dan kematangan politik dalam membuat persediaan lebih awal.

“Saya yakin 100 peratus bahawa kita terus memperkuat PN, apa yang timbul kebelakangan ini hanyalah perbincangan dalam keluarga bagi memantapkan lagi gabungan sebelum kita berdepan pilihan raya nanti. 

“Lebih baik kita bincang sekarang supaya semua pihak dapat bersedia dan tidak terkejut bila tiba masa pilihan raya. Kadangkalanampak seperti berbeza pandangan tapi sebenarnya ia satu proses biasa dalam politik,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN