KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal pemalsuan dokumen pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagaimana didedahkan dalam laporan penuh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia perlu ditubuhkan bagi menyiasat semua pihak yang terlibat dalam penyediaan dan pengesahan dokumen palsu berkenaan, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). “Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan…