JOHOR BAHRU: Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang diluluskan baru-baru ini dapat memastikan sistem pembiayaan pengguna menjadi lebih adil, telus dan selamat. Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Datuk Yeo Kok Vui berkata, langkah itu merupakan sebahagian kerangka besar reformasi ekosistem kredit pengguna yang sedang dilaksanakan kerajaan. Katanya, pindaan Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) itu akan memberi impak positif kepada pengguna kredit khususnya golongan berpendapatan sederhana dan…