KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu membuat semakan dan berbincang bersama Kerajaan Negeri Sabah berhubung pemberian khas sebanyak 40 peratus kepada negeri itu bagi tempoh bermula 1974 sehingga 2021 dalam masa 180 hari bermula semalam. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Datuk Celestina Stuel Galid selepas membenarkan permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS). Sekitar Jun 2022, SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan warta kerajaan persekutuan berkenaan pemberian tahunan sebanyak RM125.6 juta kepada…