Perlombongan mineral tidak jejas alam sekitar - Utusan Malaysia

Perlombongan mineral tidak jejas alam sekitar

SAARANI Mohamad (kanan) melawat Makmal Inovasi Poly+Cal Zantat di syarikat Zantat Sdn. Bhd., Kampung Kepayang, Simpang Pulai di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak komited membangunkan perlombongan mineral mesra alam yang bukan sahaja mensejahterakan rakyat tetapi menyumbang pendapatan signifikan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam pelan Perak Sejahtera 2030 menetapkan, operasi mengambil, mengorek hasil bumi yang berkaitan dengan mineral tidak sesekali akan menjejaskan alam sekitar.

“Kita punya kaedah pengeluaran perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) menggunakan  in-situ leaching (ISL).

“Dan ada lagi, sedang dalam percubaan sekarang dipanggil kaedah nano akan dibuat. Jadi, apa pun kira keluarkan hasil bumi ini, mineral ini, tanpa mengusik dan merosakkan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada perasmian Makmal Inovasi Poly+Cal Zantat di Zantat Sdn. Bhd., Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini hari ini.

Makmal yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memacu inovasi dalam bidang polimer dan kalsium karbonat di negara ini.

Perak mempunyai kawasan perlombongan NR-REE di kawasan seluas 216 ekar di Hulu Perak yang telah melepasi piawaian EIA (penaksiran kesan persekitaran). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN