Perkukuh kerjasama dua hala fokus pertemuan Anwar dengan Scott Bessent

Perkukuh kerjasama dua hala fokus pertemuan Anwar dengan Scott Bessent

ANWAR Ibrahim semasa pertemuan bersama Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Scott Bessent di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Republik Korea. -Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menjadi fokus utama pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di Gyeongju, hari ini.

Katanya, perbincangan tersebut turut memberi penekanan terhadap komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti.

“Saya sekali lagi sampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama.

“Saya menghargai peranan serta sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama ekonomi global, di samping usaha memperluas jaringan pelaburan, perdagangan dan keamanan yang inklusif berasaskan dialog, keadilan serta saling memahami,” katanya.

Pertemuan itu turut memperkukuh momentum hubungan erat Malaysia–AS yang telah diperkasakan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, selain membuka ruang perbincangan mendalam mengenai aspek perdagangan dan pelaburan strategik.

Dalam pertemuan sama, Bessent turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas layanan baik terhadap Presiden Donald Trump dan delegasi AS sewaktu lawatan rasmi mereka ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anwar pada masa sama menyampaikan ucapan terima kasih kepada Presiden Trump atas kunjungan tersebut yang mencerminkan iltizam tinggi kepimpinan AS dalam memperkukuh hubungan dua hala yang konstruktif, saling menghormati dan membawa manfaat bersama.

“Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN