GUA MUSANG: Pengguna jalan raya menggesa pihak bertanggungjawab mempercepat kerja-kerja membaik pulih lubang benam di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini untuk memudahkan perjalanan mereka ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak. Sejak jalan itu ditutup dua minggu lalu, pengguna mendakwa mereka terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk bercuti ke Cameron Highlands. Seorang pengguna jalan raya dari Gua Musang, Mohd. Rustam Ismail, 34, terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu laluan Sungai…