PETALING JAYA: Belanjawan 2026 akan menyaksikan peningkatan dalam perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan, RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan, RM30 bilion pelaburan syarikat pelaburan awam berkaitan kerajaan (GLIC) dan RM10 bilion pelaburan awam-swasta. Katanya, RM10.8 bilion meliputi pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD). “Bagi mengekalkan komitmen…