IPOH: Perak merekodkan lapan aduan mengenai program subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) termasuk dakwaan berlaku perbezaan isi padu petrol yang dibeli di pam stesen minyak. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, aduan itu adalah untuk tempoh dari 30 September sehingga 16 Oktober lalu. Jelasnya, kebanyakan aduan adalah berkenaan liter isian petrol yang didakwa tidak sama dengan paparan meter di pam…