Perak muncul pendahulu sementara Liga A1 - Utusan Malaysia

Perak muncul pendahulu sementara Liga A1

PEMAIN Perak meraikan jaringan ketika menentang Manjung FC dalam perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FA muncul pendahulu Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 buat seketika apabila membenam Manjung FC 4-1 dalam perlawanan di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor di sini hari ini.

Kemenangan itu adalah yang keempat berturut-turut dicapai pasukan Kejor Yob Kejor yang setakat ini mengutip 17 mata hasil lima kemenangan dan dua kali seri.

Begitupun, tuan rumah ketinggalan 0-1 apabila Saifuddin Khairul Anuar menyumbat gol pada pada minit ke-43.

Namun, anak buah Shamsul Saad bangkit dua minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan melalui Fadhil Azmi pada minit ke-45.

Ekene Victor meletakkan tuan rumah mendahului tiga minit saingan babak kedua berlangsung.

Alif Zikri membuat kepulangan bermakna selepas berehat lapan minggu akibat kecederaan dengan menyumbat ketiga Perak.

Perak menguburkan peluang pasukan pelawat apabila Amirul Akmal mengukuhkan pasukan rumah apabila menambah jaringan keempat pada minit ke-82.

Pelawat terpaksa meneruskan tiga minit baki perlawanan dengan hanya 10 pemain selepas Muhammad Izzat Mohd Ramli dilayangkan kad merah.

Kedudukan Perak di tangga teratas liga bergantung kepada keputusan pencabar terdekat, Kelantan WTS, Armed Forces FC dan Kedah yang akan beraksi esok. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN