IPOH: Perak FA bersyukur apabila diberikan kemenangan 3-0 selepas pasukan lawan, Malaysian University (MUFT) gagal menyediakan padang untuk perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 di langsungkan Cyberjaya kelmarin.
Penolong Pengurus pasukan Perak, Zainal Anuar berkata, Liga Bolasepak Amatur (AFL) bersikap adil dan membuat keputusan yang tepat apabila memberikan kemenangan kepada pasukannya.
“Perlawanan sepatutnya dijalankan tetapi tuan rumah gagal menyediakan gelanggang perlawanan.
“Mengikut kebiasaan Perak sepatutnya diberikan kemenangan, jadi keputusan ahli lembaga Pengarah AFL tepat,” katanya.
AFL dalam mesyuaratnya semalam memutuskan Perak FA diberikan kemenangan 3-0 selain mendenda MUFT RM 10,000.
Ini berikutan kegagalan pasukan MUFT untuk menyediakan dan memastikan venue dalam keadaan yang sesuai untuk perlawanan dilangsungkan.
Keputusan itu terkandung dalam siaran media AFL yang diedarkan kepada ahli gabungan. – UTUSAN